Labels

Thursday 7 July 2011

about bb

PERLEMBAGAAN KOMANDER (A) :- PENGENALAN & OBJEKTIF, MISI & VISI SERTA MAKNA LOGO PERSATUAN PANCARAGAM KESATRIA (PERPAKES)

Pengenalan :-

PERSATUAN PANCARAGAM KESATRIA (PERPAKES) adalah salah sebuah persatuan yang dianggotai oleh Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Brass Band dan juga sebahagian pelatih Brass Band. Persatuan ini bernaung di bawah Unit Kesatria UiTM Kelantan, tetapi disebabkan mempunyai objektif dan modul latihan yang berbeza, persatuan ini dikelolai oleh organisasi yang berasingan daripada Kesatria Negara UiTM Kelantan. Sepanjang penubuhannya persatuan ini telah melalui beberapa fasa perubahan sama ada dari segi pentadbiran mahupun dari segi objektifnya sendiri. PERPAKES mengikuti garis panduan ko-kurikulum unit beruniform tetapi lebih menekankan unsur-unsur kebudayaan dan muzik selaras dengan fungsi persatuan ini sendiri.

Objektif  PERPAKES :-

  • Mengiringi kawalan kehormat Komander Kesatria Negara pada upacara-upacara tertentu.

  • Membuat persembahan pancaragam pada upacara-upacara tertentu sekiranya mendapat jemputan.

  • Menyertai pertandingan pancaragam peringkat antara kampus UiTM.

  • Mengendalikan latihan ko-kurikulum Brass Band di bawah unit HEP & Alumni.

Oleh kerana persatuan ini merupakan persatuan yang berunsur muzik dan kebudayaan, skop persatuan ini lebih mementingkan kualiti persembahan kebudayaan dan seni muzik pancaragam. Walau bagaimanapun, disiplin dan juga komitmen ahli dititikberatkan demi memastikan persatuan ini sentiasa maju ke hadapan setanding dengan persatuan pancaragam dari kampus-kampus cawangan UiTM yang lain.



MISI

Mencapai tahap sebuah pasukan pancaragam yang mampu membuat persembahan dengan kekuatan keahlian yang mampu memberikan input kualiti muzik yang sempurna dan mutu kawad formasi yang sentiasa diperbaharui.



VISI

Membentuk sebuah pasukan pancaragam yang lengkap dengan instrument muzik yang mampu menghasilkan persembahan terbaik dan menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi serta mempunyai daya saing untuk sentiasa memperbaharui kualiti seni muzik yang sedia ada dan maju ke hadapan.





Logo PERSATUAN PANCARAGAM KESATRIA :-

Logo UiTM - Persatuan Pancaragam Kesatria adalah persatuan berdaftar di bawah Unit Ko-Kurikulum HEP
                      dan Alumni UiTM Kelantan.

Kepala Tongkat- merupakan tunggak kepimpinan yang diterapkan dalam Persatuan Pancaragam Kesatria.

Nombor 10 - merupakan naungan Kesatria Negara Batalion Ke-10 UiTM Kelantan.

Bell Lyra - selaras dengan objektif dan fungsi persatuan ini yang membuat persembahan kebudayaan dan seni muzik pancaragam.

Kayu Drum - sebagai isyarat atau tempo yang sentiasa bergerak untuk maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment